Pahang Go Sdn. Bhd (Pahang Go) dan TT dotCom Sdn. Bhd (TIME) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi perniagaan dan perkongsian kepakaran profesional dalam bidang berkaitan perkhidmatan perkomputeran awan di bawah inisiatif PahangGO Cloud.

PAHANG GO METERAI MOU DENGAN TIME BAGI PERKONGSIAN KEPAKARAN

KUANTAN, 17 JULAI 2022 : Pahang Go Sdn. Bhd (Pahang Go) dan TT dotCom Sdn. Bhd (TIME) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi perniagaan dan perkongsian kepakaran profesional dalam bidang berkaitan perkhidmatan perkomputeran awan di bawah inisiatif PahangGO Cloud.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah PahangGO yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim bagi mewakili Pengerusi Pahang GO iaitu YB Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff manakala wakil daripada TIME iaitu Encik Kit Au Wong Lian, Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan Enterprise dengan disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua agensi tersebut.

Pahang Go Sdn. Bhd (Pahang Go) dan TT dotCom Sdn. Bhd (TIME) hari ini memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi perniagaan dan perkongsian kepakaran profesional dalam bidang berkaitan perkhidmatan perkomputeran awan di bawah inisiatif PahangGO Cloud.

Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh Pahang Go dan TIME melalui MoU ini adalah menerokai potensi perniagaan dan perkongsian kepakaran profesional dalam bidang berkaitan perkhidmatan perkomputeran awan di bawah inisiatif PahangGO Cloud.

Perkhidmatan PahangGO Cloud ini akan dipasarkan kepada agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SGLC) bagi menyimpan data, rekod dan aplikasi yang kritikal. Dengan penyewaan cloud berkonsepkan pay-per-use, ianya menjadi satu pilihan kepada agensi dan SGLC memandangkan perkhidmatan ini lebih menjimatkan dan tidak memerlukan peruntukan yang besar untuk pembelian dan penyelenggaraan server.

Pahang Go berharap usaha ini dapat dijadikan sebagai salah satu strategi ke arah melestarikan perkhidmatan kerajaan negeri yang mampan berasaskan kepada inovasi teknologi digital bagi merealisasikan sasaran yang telah digariskan dalam Pelan Digital Pahang 2021-2025 dan seterusnya memenuhi aspirasi MyDigital. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram