Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PahangGo Sdn Bhd Bil 03/2022 di Cyberjaya, Selangor

JUMLAH TRANSAKSI PAHANGGO KINI MENCECAH LEBIH RM1.3 JUTA SEBULAN

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 15 JULAI 2022 : Aplikasi PahangGo telah merekodkan jumlah transaksi yang mencecah lebih RM1.3 juta sebulan dan jumlah pengguna melebihi 250,000.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, transaksi ini melibatkan servis pembayaran parkir, cukai tanah, cukai pintu, bil-bil utiliti, tambah nilai telefon, pembelian tiket bus dan pembelian barangan secara dalam talian.

“Ini jelas membuktikan prestasi PahangGo semakin baik dan meningkat serta menjadi pilihan rakyat di Negeri Pahang. PahangGo merupakan peneraju Transformasi Ekonomi Digital masa hadapan bagi Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

“Saya amat yakin PahangGo mampu meningkatkan lagi pendapatan kepada Kerajaan Pahang setelah segala usaha meningkatkan komunikasi di seluruh negeri ini melalui pelaksanaan pelan Jendela Fasa 1 siap sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.

Sebelum itu beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PahangGo Sdn Bhd Bil 03/2022 di Cyberjaya, Selangor.

Jelas beliau, dalam mesyuarat berkenaan, pengurusan membentangkan prestasi terkini syarikat dan beberapa perancangan bagi meneroka perniagaan baru serta usahasama strategik dengan beberapa syarikat terutama yang melibatkan bidang digital dan komunikasi.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah buat semua Ahli Lembaga Pengarah PahangGo diatas usaha keras hingga membuahkan kejayaan seperti hari ini.

“Terima kasih juga kepada rakyat Pahang yang terus menyokong PahangGo. Begitu juga kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa menyokong dan memudahkan segala usaha dan perancangan PahangGo sebagai peneraju Ekonomi Digital Negeri Pahang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram