YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan insentif kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Insentif Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Kepada Guru-Guru dan Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau di Temerloh.

2,702 GURU, PENYELIA KAFA TERIMA INSENTIF KERAJAAN PAHANG BERJUMLAH RM818,600

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

TEMERLOH, 14 JULAI 2022 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM818,600 untuk memberikan insentif kepada seramai 2,702 guru-guru dan penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Pahang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,662 guru KAFA menerima insentif berjumlah RM300 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM798,600 manakala 40 orang penyelia KAFA pula menerima insentif berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM20,000.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian insentif ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan KAFA di Pahang.

“Saya sangat berharap melalui peruntukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kehidupan para guru dan penyelia KAFA”, katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Kepada Guru-Guru dan Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau di Temerloh, petang tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YH. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YH. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said, barisan Exco Kerajaan Pahang, Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan insentif kepada seorang penerima pada Majlis Penyerahan Insentif Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Kepada Guru-Guru dan Penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Pahang Darul Makmur di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau di Temerloh.

Dalam ucapannya, YB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menambah jumlah insentif kepada guru-guru dan penyelia KAFA pada tahun hadapan sekiranya sasaran kutipan hasil negeri berjaya mencapai RM1 bilion menjelang penghujung tahun ini.

“InsyaaAllah tahun depan, penyelia KAFA akan dapat lebih daripada RM500, guru KAFA pun akan dapat lebih dari RM300 sekiranya kita dapat RM1 bilion pada penghujung tahun ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram