YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kluster Nelayan Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

3,133 NELAYAN TERIMA BPP BERJUMLAH RM626,600

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 8 JULAI 2022 : Seramai 3,133 nelayan menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kuster Nelayan Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur dengan jumlah keseluruhan RM626,600.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan berterusan ini sentiasa disalurkan kepada penerima secara bersasar bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran hasil di negeri ini termasuklah golongan nelayan yang turut terkesan dengan situasi ekonomi pada ketika ini selepas negara berdepan pandemik COVID-19.

“Program hari ini adalah program berterusan kepada nelayan kerana mereka juga terkesan akibat pandemik COVID-19 baru-baru ini, dan ini menunjukkan tanda keprihatinan kerajaan sesuai dengan kita namakan Bantuan Prihatin Pahang (BPP).

“Penerima bantuan ini ramai dan pelbagai kluster tetapi kita bagi kepada yang bersasar dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan di samping bantuan-bantuan lain seperti Rumah Rakyat Pahang (RRP), mahasiswa mahasiswi daripada Pahang yang belajar di IPTA atau pun IPTS di negeri lain pun kita beri bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 Fasa 2 Kluster Nelayan Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, petang tadi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kewangan 1, YB. Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, barisan Exco Kerajaan Pahang, barisan Ahli Dewan Negeri, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tuan Haji Yusoff Othman dan Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju meluluskan pemberian bantuan in-kind kepada 380 nelayan dara seluruh Pahang melibatkan pemberian peralatan seperti jala, jaring dan peralatan keselamatan bernilai RM1,000 dengan implikasi kewangan RM380,000.

“Nelayan darat kita ada bagi, lebih kurang 380 orang dengan jumlah RM380,000 kita bagi nilai dalam RM1,000. Kita boleh fikirkan, saya akan minta sahabat saya yang menjaga pertanian, boleh fikirkan kita boleh bincang dengan mereka, insyaa Allah kita akan beri bantuan,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram