JALAN POS BETAU-LEMBAH BERTAM DIBUKA SEMULA 7 JULAI BAGI KENDERAAN RINGAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 01 JULAI 2022 : Laluan Jalan Pos Betau – Lembah Bertam yang menghubungkan antara Pekan Ringlet dan Sungai Koyan yang ditutup kepada semua kenderaan akan dibuka semula pada 7 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands hari ini, laluan tersebut hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan dibawah 5 tan sahaja.

Infografik laluan alternatif bagi kenderaan ringan kurang daripada 5 tan

Laluan FT102 Seksyen 18.650 – 19.650 tersebut akan dibuka bermula 8 pagi Khamis depan dengan ia melibatkan satu laluan sahaja memandangkan kerja-kerja pembaikan kekal sedang dilaksanakan di sebelah laluan yang ditutup.

JKR CH juga menyenaraikan laluan alternatif bagi kenderaan ringan di bawah 5 tan iaitu dari Simpang Pulai/Pulau Pinang/Alor Setar ke Sungai Koyan/Lipis boleh melalui Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Tapah –Cameron Highlands ke Jalan Pos Betau–Lembah Bertam.

Manakala dari Tapah/Kuala Lumpur/ Bentong ke Sungai Koyan/Lipis boleh melalui Jalan Tapah-Cameron Highlands ke Jalan Pos Betau-Lembah Bertam.

Bagi kenderaan dari Sungai Koyan/Lipis ke Tanah Rata pula telah boleh melalui laluan dari jalan Pos Betau–Lembah Bertam ke jalan ke Tapah–Cameron Highlands.

Infografik laluan alternatif bagi kenderaan berat melebihi 5 tan

Bagi kenderaan berat yang melebihi 5 tan pula boleh menggunakan laluan dari Simpang Pulai/Alor Setar ke Sungai Koyan/Lipis iaitu dari Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Central Spine ke Jalan Berchang-Sungai Koyan.

Manakala dari Tapah/Kuala Lumpur/Bentong ke Sungai Koyan/Lipis boleh melalui Jalan Tapah-Cameron Highlands ke Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Central Spine ke Jalan Berchang–Sungai Koyan.

Bagi kenderaan berat dari Sungai Koyan/Lipis ke Tanah Rata dari Jalan Berchang–Sungai Koyan ke Jalan Central Spine ke Jalan Bentong–Gua Musang ke Jalan Pos Slim–Lojing ke Jalan Tapah–Cameron Highlands.

Jalan Pos Betau – Lembah Bertam yang menghubungkan Pekan Ringlet dan Sungai Koyan ditutup sepenuhnya sebelum ini berikutan struktur jalan yang mendap di Seksyen 19.150.

Pihak JKR turut memohon semua pengguna jalan berkenaan agar berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut dan mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram