KARNIVAL HARI USAHAWAN NEGERI PAHANG DI BAZAR SERAMBI TERUNTUM

KUANTAN, 1 JULAI 2022 : Kerajaan Pahang dan SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Karnival Hari Usahawan Negeri Pahang Sempena Minggu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 bermula hari ini hingga Ahad di Bazar Serambi Teruntum di sini.

SME Corp. Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, program ini merupakan satu program tahunan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran umum serta mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS daripada pelbagai industri.

“Sejumlah 100 booth pameran yang melibatkan 20 booth agensi kerajaan dan 80 booth usahawan PMKS daripada pelbagai sektor pembuatan seperti produk makanan dan minuman, seni kraftangan serta sektor perkhidmatan yang melibatkan spa dan rawatan kecantikan, pusat latihan dan lain-lain lagi.

“Pelbagai aktiviti seperti karnival jualan, kaunter khidmat nasihat, taklimat perniagaan, perkongsian kisah kejayaan usahawan, sesi pemadanan perniagaan, ceramah motivasi, ceramah agama, dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak diadakan sepanjang karnival ini,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti-aktiviti menarik ini adalah untuk memupuk semangat keusahawanan secara berterusan, dan juga membuka peluang perniagaan yang berpotensi membantu perniagaan melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Encik Rizal Nainy berkata, bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit”, tahun ini, SME Corp. Malaysia telah mewujudkan satu kempen “Sokong Lokal, Sokong PMKS” bagi Minggu PMKS 2022 bagi menyokong serta menggalakkan orang ramai untuk melibatkan diri. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram