YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak ketika merasmikan Program Libat Urus Pengurusan Rekod Pendigitalan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Bencana Rekod di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

PENGURUSAN REKOD, FAIL SECARA DIGITAL PENTING TINGKAT MUTU PENYAMPAIAN SEKTOR AWAM

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 08 JUN 2022 : Pengurusan rekod dan fail secara digital penting dalam meningkatkan mutu penyampaian sektor awam melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata proses pendigitalan maklumat ini selari dengan inisiatif MyDIGITAL yang dirangka sebagai pelengkap Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030).

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak ketika melihat pameran pada Program Libat Urus Pengurusan Rekod Pendigitalan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Bencana Rekod di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

“Pendigitalan pengurusan rekod sektor awam merupakan satu inovasi dan transformasi yang selari dengan konsep kerajaan digital.

“Walau bagaimanapun, inovasi teknologi baharu perlu disertakan dengan kesedaran untuk mewujudkan persekitaran digital yang dipercayai, selamat dan beretika.

“Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) dapat meningkatkan kawalan dan capaian ke atas rekod rasmi kerajaan yang meliputi dokumen rasmi dan dokumen rahsia rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Libat Urus Pengurusan Rekod Pendigitalan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Bencana Rekod di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak ketika berucap pada Program Libat Urus Pengurusan Rekod Pendigitalan Pengurusan Rekod dan Pengurusan Bencana Rekod di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Arkib Negara, YBrs. Encik Jaafar Sidek Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Arkib Negara Malaysia, YBrs. Tuan Haji Zaidin Mohd Noor; dan Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, YBrs. Encik Usdi Abdullah.

Beliau berkata rekod yang wujud adalah amat penting walau dari peringkat mana dokumen tersebut difailkan.

“Kita sebagai penjawat awam tidak dapat lari daripada mewujudkan dan menggunakan rekod dalam setiap transaksi rasmi di pejabat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram