KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat jongkong emas ketika baginda berangkat melawat lombong emas di Bukit Selinsing, Lipis hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN BERANGKAT KE DAERAH LIPIS

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 26 MEI 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Lipis dalam beberapa siri lawatan baginda ke daerah ini.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memegang jongkong emas ketika baginda berangkat melawat lombong emas di Bukit Selinsing, Lipis hari ini.

Baginda tiba di lokasi pertama iaitu di tapak perlombongan di Bukit Selinsing dan berkenan mendengar taklimat berkenaan latar belakang lombong dan proses perlombongan emas yang dilakukan di situ.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat lombong emas di Bukit Selinsing, Lipis hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 12 tengahari disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak, YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar serta pemimpin setempat.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencuba teknik mendulang emas ketika baginda berangkat ke Kampung Dada Kering untuk melawat dan mendengar taklimat berkenaan Skim Pelombong Kecil, di Lipis hari ini.

Baginda kemudiannya berangkat ke Kampung Dada Kering untuk melawat dan mendengar taklimat berkenaan Skim Pelombong Kecil (SPK) yang melibatkan 49 orang penduduk setempat.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat teknik melombong emas menerusi Skim Pelombong Kecil, di Kampung Dada Kering, Lipis hari ini.

Lebih istimewa, baginda turut berkenan mencuba mendulang emas di tapak perlombongan dan melihat sendiri cara-cara mendulang oleh penduduk terlibat.

Dikenali sebagai seorang KDYMM Pemangku Raja yang berjiwa rakyat, baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa bertemu rakyat jelata di sekitar Mukim Kechau dalam Program Sambutan Hari Raya bersama baginda di pekarangan surau Kampung Dada Kering, di sini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram