Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol yang ke-3 kemangkatan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Makam Diraja Pekan, hari ini.

KDYMM AGONG BERANGKAT KE MAJLIS TAHLIL DAN ISTIADAT ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL PAHANG

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 14 MEI 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol yang ke-3 kemangkatan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Makam Diraja Pekan, hari ini.

Baginda turut ditemani Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan kerabat diraja Pahang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol yang ke-3 kemangkatan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Makam Diraja Pekan, hari ini.

Baginda tiba di makam sekitar pukul 11.10 pagi disambut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

Pada majlis itu, bacaan Yassin dan tahlil diketuai Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Hj Osman.

Baginda turut menyiram air mawar dan menabur bunga rampai ke atas makam Almarhum Sultan Ahmad Shah serta beberapa makam kerabat diraja lain. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram