KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyantuni rakyat jelata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-Sama KDYMM Pemangku Raja Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut hari ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG MERIAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

JERANTUT, 03 MEI 2022 : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dihadiri ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyantuni rakyat jelata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-Sama KDYMM Pemangku Raja Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tiba pada 11.30 pagi berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyantuni rakyat jelata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-Sama KDYMM Pemangku Raja Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut hari ini.

Majlis yang bermula 9 pagi sehingga 2 petang ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; barisan Exco Kerajaan Pahang; Ahli Dewan Negeri (ADN) daerah Jerantut; dan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyantuni rakyat jelata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-Sama KDYMM Pemangku Raja Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut hari ini.

Baginda turut meluangkan masa menyantuni para tetamu dengan mengagihkan mee goreng yang disediakan pada majlis ini kepada orang ramai yang hadir.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyantuni rakyat jelata pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah Bersama-Sama KDYMM Pemangku Raja Pahang di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut hari ini.

Baginda kemudiannya turut meluangkan masa beramah mesra dan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak dan orang ramai yang hadir.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini turut menyajikan pelbagai juadah seperti lemang, dodol gula kabung, tapai, rendang ayam, ketupat serta aneka mee. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram