Ahli Parlimen Pekan, YB Dato' Sri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bersama penerima Bantuan Prihatin Pahang

2,802 MURID DARJAH 1 DI PEKAN TERIMA RM100

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 24 APRIL 2022 : Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM324,800 melalui Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi tahun 2022 dengan memberikan wang tunai sebanyak RM100 kepada 2,802 murid darjah satu di Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kesemua bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada penerima

“Ini bermakna semua murid darjah 1 di Pahang ini layak secara automatik untuk menerima bantuan RM100,” katanya ketika slepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepada murid darjah 1 di Pekan baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak

Beliau berkata, ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN Pahang ditunjangi UMNO ini merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin.

Katanya, YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memahami persiapan persekolahan anak-anak adalah sangat penting untuk disediakan lebih-lebih lagi kepada anak yang baru memasuki alam persekolahan.

Katanya, BPP merupakan bantuan negeri paling terbaik dalam negara setakat ini kerana ia lebih menyeluruh dan merangkumi semua aspek serta mampu membawa banyak manfaat dan kebaikan secara terus kepada pelbagai golongan rakyat yang memerlukan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Share this: