PAIP DALAM PROSES NAIKTARAF RUMAH PAM PPSK SRI MAKMUR

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 APRIL 2022 : Kerajaan Pahang melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam proses menaiktaraf rumah pam di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Sri Makmur, Pekan.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata projek yang melibatkan kos kira-kira RM500,000 ini akan dimulakan pada September.

“Kita akan menaiktaraf pam air bersih dan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Sri Makmur, Pekan.

“Projek ini akan dapat memberi manfaat kepada 700 akauan yang meliputi tiga kawasan iaitu PPSK Sri Makmur, Felcra Sri Makmur dan Perkampungan Sri Makmur.

“Ia akan dijalankan selama sembilan bulan iaitu bermula pada September tahun ini dan dijangka selesai pada Mei 2023,” katanya.

Beliau berkata setakat ini pihak PAIP telah mengadakan sesi lawatan tapak di rumah pam berkenaan dan sedang melakukan perbincangan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram