Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain ketika Majlis Iftar Ramadan Anak Muda Bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

190 ANAK MUDA MERIAHKAN IFTAR RAMADAN BERSAMA MBK

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Shamim Aiman Shafik Fauzan (Praktikal) dan Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi (Praktikal)

KUANTAN, 18 APRIL 2022 : Seramai 190 anak muda yang terdiri daripada 30 persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) hadir memeriahkan Majlis Iftar Ramadan Anak Muda Bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Majlis iftar tersebut diadakan di Jalan Taman berhadapan dengan pemandangan ikonik terbaharu di negeri ini iaitu menara Kuantan 188.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang, YH. Dato’ Sri Ab. Hamid Nazahar dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin,.

Majlis ini merupakan anjuran bersama MBK dan Kelab Anak Muda Bandaraya Kuantan (KBK) dengan melibatkan Kelab Anak Muda, Majlis Belia Daerah Kuantan, Majlis Belia Negeri Pahang dan Badan Gabungan Belia.

Penganjuran majlis seumpama ini bertujuan meraikan golongan belia dari pelbagai peringkat profesion selain menyediakan medium kepada golongan terbabit untuk beramah mesra bersama pemimpin setempat.

Majlis iftar yang melibatkan golongan anak muda seumpama ini akan turut diadakan di Padang MBK 1 dan Pinggiran Sungai Galing tidak lama lagi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram