YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama penerima sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 Sesi 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

TERIMA KASIH YAB MENTERI BESAR BAGI RM100 – PENERIMA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 14 APRIL 2022 : Tidak lekang ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang di bibir ibu penerima Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 Sesi 2022, Puan Rozinie Tulali selepas menerima sumbangan berkenaan.

Puan Rozinie, 37, yang merupakan ibu kepada pelajar Tahun 1 SK Sultan Abdullah, Christian Daud Mairin, 7, tidak menyangka walaupun bukan rakyat Pahang, tetapi anaknya tetap menerima sumbangan RM100 ini.

Puan Rozinie Tulali

“Rasa gembira, bersyukur, sebab dapat bantuan untuk keperluan sekolah anak. Boleh dapat beli lebih (barangan keperluan sekolah). Dia (anak) dah bagitahu nak beli beg sekolah dekat MBS.

“Terima kasih untuk Kerajaan Negeri Pahang, yang telah membantu memberikan bantuan ini, yang dapat kami gunakan untuk keperluan anak,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dan Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 Sesi 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Puan Nadia Illani Baharuddin, 34, yang merupakan ibu kepada pelajar Tahun 1 SK Sultan Abdullah, Muhammad Benjamin Alfy Mohamad Rafiq yang turut menerima sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 Sesi 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Turut hadir YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Tuan Saiful Edris Zainuddin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin dan barisan Exco Kerajaan Pahang.

Sementara itu, Puan Nadia Illani Baharuddin, 34, yang merupakan ibu kepada pelajar Tahun 1 SK Sultan Abdullah, Muhammad Benjamin Alfy Mohamad Rafiq turut berkongsi kegembiraan selepas menerima sumbangan ini.

“Rasa terharu, sebab tak pernah lagi terima (sumbangan) macam ini. Anak sulung tak ada lagi dapat, ini pertama kali.

“Rasa gembira juga sebab tadi dapat bergambar dengan YAB Menteri Besar Pahang. Rancang nak belikan dia beg sekolah guna duit yang diberi ini,” katanya.

Kerajaan Pahang telah memperuntukan RM2.514 juta kepada 25,146 pelajar Tahun 1 di negeri ini melalui Bantuan Pelajar Tahun 1 sebanyak RM100 tunai. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram