Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak yang juga Ahli Dewan Negeri Benta menyampaikan sumbangan cek Kerajaan Negeri kepada seorang wakil penerima.

SEMBILAN PESAKIT KRONIK DI BENTA TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI

KUANTAN, 12 APRIL 2022 : Kerajaan Pahang terus mengambil cakna soal kebajikan rakyat apabila menyalurkan cek sumbangan kerajaan negeri kepada sembilan pesakit kronik di Dewan Negeri Benta.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak yang juga Ahli Dewan Negeri Benta.

YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan mengambil tahu tentang setiap permasalahan yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Jelasnya, usaha sedaya upaya dilakukan untuk memastikan masalah serta kebajikan rakyat dapat diberikan bantuan sebaiknya.

Beliau berkata, dengan perbelanjaan yang lebih baik, hasil kerajaan negeri yang lebih baik, pertambahan pendapatan dapat diberikan balik kepada rakyat

Justeru beliau berharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan bebanan mereka serta dapat menampung kos rawatan perbelanjaan rawatan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram