KUANTAN, 12 APRIL 2022 : Seramai 107 warga emas di sekitar Dewan Negeri Jenderak menerima Kad Kesihatan Warga Emas (Pahang Pride Kasih) yang bernilai RM500 setiap satu.
Majlis penyampaian kad berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Jenderak, YB. Dato’ Sri Haji Mohamed Haji Jaafar di Dewan orang Ramai Kuala Krau, Temerloh.
Turut hadir, Penolong Pegawai JKM Daerah Temerloh, Puan Suzalinawati Haji Abdullah dan Penghulu Mukim Jenderak 1, Tuan Haji Khairul Amin Osman.
Kerajaan Pahang telah melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin pada 18 Januari lepas.
Pelancaran kad ini adalah bukti Kerajaan Pahang amat prihatin dengan kebajikan warga emas bersasar di negeri ini di mana seramai 18,000 orang penerima akan menerima kad bagi mendapatkan rawatan prosedur am di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh negeri ini. – PAHANGMEDIA