Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada 31 masjid dan surau di Dewan Negeri (DN) Kerdau malam tadi.

KERAJAAN PAHANG SUMBANG RM138,000 KEPADA MASJID, SURAU SERTA TABUNG MASJID KERDAU

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 06 APRIL 2022 : Kerajaan Pahang telah memperuntukkan RM79,000 bagi sumbangan Ihya’ Ramadan kepada 31 masjid dan surau di Dewan Negeri (DN) Kerdau malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Pahang juga telah menyumbangkan RM59,000 lagi kepada sekolah dan tabung masjid.

“Bersama Pengerusi JPKK dan Pengerusi Masjid sebanyak 24 buah masjid dan tujuh buah surau Dun Kerdau. Majlis diadakan bermula dengan Tahlil, Penyampaian sumbangan Ihya Ramadhan dan Berbuka Puasa. Kos RM79,000 telah diperuntukan bagi program berkenaan.

“Turut menerima sumbangan Sekolah Menengah Seri Bera; Pusat Tahfiz Teknikal Yayasan Ummah Prihatin Pahang Mukim Pelangai,Bentong; Pejabat Agama Islam Daerah Raub (BAKSURA); Tabung Badan Khairat Kematian Taman Merbau Indah Bera; Tabung Ihya Ramadan Masjid Jamek Bandar Triang; Tabung Ihya Ramadan Surau Al Hidayah Taman Merbau Indah Daerah Bera.

“Masjid At-Taqwa Kampung Simpang Tebing Tinggi Jerantut; Kelas Al quran Dan Fardu Ain Badan Kebajikan Islam Temerloh; Pusat Sumber Desa Murni Kerdau. Kos RM59,000 telah diperuntukan bagi permohonan mereka melalui PKDK telah mendapat kelulusan YAB Menteri Besar,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato Ahmad Sabrey; Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato Rezuan Zaaba; Sahibul Fadhilah Qadhi Temerloh Ustaz Abd Aziz Abdul Karim; dan Imam Masjid Abu Bakar Mentakab, Al Fadhil Ustaz Amin Sohibul Tafsir, Ustaz Azri.

Beliau turut mengharapkan semua sumbangan yang telah disalurkan ini sampai bagi tujuannya dan mendapat keberkatan oleh Allah SWT. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram