YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Sistem Bekalan Air Cameron Highlands dan Kawasan DN Jelai bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di Dewan UMNO Cameron Highlands di Sungai Koyan, hari ini.

60 PERATUS PROJEK BEKALAN AIR DI CAMERON HIGHLANDS, JELAI SELESAI HUJUNG TAHUN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

LIPIS, 04 APRIL 2022 : Kira-kira 60 peratus projek bekalan air di Parlimen Cameron Highlands dan Dewan Negeri (DN) Jelai akan selesai sepenuhnya hujung tahun ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata peratusan ini melibatkan projek yang telah dijalankan buat masa ini.

“Dan Alhamdulillah di Jelai ini sebagai contohnya, saya dapat melihat, dan dapati di Parlimen Cameron Highlands ini juga banyak projek-projek yang dapat disiapkan pada akhir tahun ini.

“Kebanyakkannyalah (projek yang akan diselesaikan) walaupun kita ada lagi projek-projek yang lain. Saya boleh katakan dalam 60 peratus (projek yang akan dapat diselesaikan),” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Taklimat Penambahbaikan Sistem Bekalan Air Cameron Highlands dan Kawasan DN Jelai bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di Dewan UMNO Cameron Highlands di Sungai Koyan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Taklimat Penambahbaikan Sistem Bekalan Air Cameron Highlands dan Kawasan DN Jelai bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di Dewan UMNO Cameron Highlands di Sungai Koyan.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, YBhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari; Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Jelai berkata taklimat ini merupakan lokasi pertama beliau dalam menunaikan janji bagi menyelesaikan masalah air bekalan air di negeri ini pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Jumaat lepas.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail .

“Hari ini adalah ekoran dari janji saya semasa Sidang Dewan tempoh hari di mana saya janji akan turun padang bersama-sama dengan PAIP, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, DO dan Pengurus PAIP Daerah.

“Hari ini bermula dengan Cameron Highlands, dan juga DUN Jelai. Dan Alhamdulillah saya telah mendapat penerangan yang cukup jelas dari pihak PAIP di daerah, di mana mereka telah menyatakan banyak projek-projek yang telah dilaksanakan dan ada yang telah siap, hampir siap atau masih dalam peringkat tender. Maknanya semua dalam tindakan.

“Ini lokasi pertama dan selepas ini ke Lipis. Tapi bukan esok, lusa kemungkinan dua minggu, tiga minggu dari sekarang bergantung kepada kelapangan saya sebab sekarang ini kita bulan puasa. Tapi selepas ini kita akan ke Lipis,” katanya.

Beliau turut berharap agar rakyat dapat memahami perlaksanaan bagi mengatasi masalah yang timbul dan sedang dijalankan ini akan mengambil masa bagi diselesaikan.

“Saya puas hatilah sebab masalah-masalah air semua, semua dalam tindakan. Cuma saya harap rakyat dapat memahami bahawa kerja-kerja ini tidak dapat disiapkan secara overnight, secara sekelip mata, akan mengambil masa,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram