YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah berkenaan pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir jangka masa pendek dan panjang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN : LALUAN LPT YANG DINAIKI AIR BANJIR DITINGGIKAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim & Muhammad Shamim Aiman Shafiq Fauzan (praktikal)

KUANTAN, 31 MAC 2022 : Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meninggikan aras laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kawasan yang sering dinaiki air yang dijangka bermula pada Julai tahun ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek ini akan melibatkan kawasan LPT antaranya laluan Lanchang.

“Yang ini kena diberikan keutamaan kerana nak dapat roti, bekalan makanan pun tak ada sebab kenderaan tak boleh lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah berkenaan pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir jangka masa pendek dan panjang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM20.36 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja mengurangkan risiko banjir.

“Kerajaan Negeri telah merangka strategi-strategi (menangani banjir) berikut. Sehingga 10 Mac, JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM20.36 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai serta menaiktaraf kolam takungan banjir dan empangan bagi mengurangkan risiko banjir di setiap daerah.

“Untuk memelihara sungai sebanyak 158 projek bernilai RM16.54 juta, yang kedua menaiktaraf kolam takungan banjir 36 projek RM 1.9 juta, menaiktaraf empangan dua projek RM1.8 juta iaitu menjadikan keseluruhan sebanyak RM20.36 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, YB. Dato’ Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah berkenaan pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir jangka masa pendek dan panjang.

Beliau berkata pihak JPS juga telah menerima peruntukan sebanyak RM6.14 juta bagi melaksanakan 42 kerja kecemasan melibatkan 42 projek.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) juga giat menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun yang rosak akibat banjir dimana sehingga kini lapan lokasi telah diluluskan di bawah Program Selengaraan Berkala atau turapan berjumlah RM5.4 juta.

“Lima lagi lokasi telah diluluskan di bawah program bukan turapan berjumlah RM5.3 juta, dan lima lokasi telah diluluskan di bawah Program Pembaikan Cerun iaitu berjumlah RM14.48 juta,” katanya.

Kerajaan Pahang juga telah memohon peruntukan sebanyak RM53 juta bagi kegunaan awal komuniti sekiranya berlaku banjir di masa hadapan.

“Antara yang dikemukakan adalah walkie-talkie, helipad bernilai RM100,000 bagi terputus bekalan, selain bot amphibia, kita dah senaraikan dan Alhamdulilkah total keseluruhan ialah RM53 juta dan telah dikemukakan kepada Menteri. Jika dapat yang ini, kerja-kerja awalan dapat dibuat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download