Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menandatangani perjanjian bersama Syarikat Grasicili PLT bagi mewujudkan pertanian kluster di negeri ini.

PKPP TANDATANGAN PERJANJIAN BERSAMA GRASICILI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 31 MAC 2022 : Kerajaan Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menandatangani perjanjian bersama Syarikat Grasicili PLT bagi mewujudkan pertanian kluster di negeri ini.

Program pertanian ini merupakan salah satu inisiatif di bawah blueprint Produktiviti Malaysia (MPB) yang merupakan program pertanian kontrak melalui kerjasama pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah Nexus Produktiviti Agro-makanan.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Pengerusi PKPP, YH. Dato’ Suhaimi Mohd Yunus, manakala pihak Grasicili pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grasicili, Encik Munir aashim Abdullah.

Perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Zakaria Ibrahim yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; dan Pengerusi MPC, Encik Ram Ganesan Karthigasu.

Menurut ucapan YAB Menteri Besar Pahang yang dibacakan oleh Dato’ Zakaria, beliau berkata perjanjian ini dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan mengubah petani biasa kepada agroprenuer.

“Kita menyaksikan perjanjian antara PKPP dan Syarikat Grasicili PLT menjalankan fertigasi digital tanaman cili menggunakan kaedah pertanian kontrak bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan mengubah petsni biasa kepada agroprenuer. Ini memberi manfaat yang besar kepada para petani di Pahang.

“Saya berharap kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan MPC dapat diteruskan lagi dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif bagi menambah baik prestasi penyampaian perkhidmatan awam sekaligus melonjak pertumbuhan ekonomi dan produktiviti Negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download