Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO Peringkat Negeri Pahang di Hotel Shahzan, hari ini.

UMNO PAHANG LANCAR PROGRAM PENDAFTARAN AHLI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 30 MAC 2022 : UMNO Pahang melancarkan Majlis Pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO Peringkat Negeri Pahang yang bertemakan Keluargaku Ahli UMNO, hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelancaran ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang diambil bagi mengukuhkan UMNO di negeri ini.

“Kita mahu memfokuskan atau menyasarkan mereka di dalam inner circle kita dulu, supaya memastikan mereka ini menjadi ahli UMNO, kerana kita mendapati ada antara mereka yang rapat dengan kita ini masih belum menjadi ahli UMNO.

“Jadi kita fokuskan pada sasaran ini dan kita minta supaya semua ahli-ahli atau Pengerusi Biro Keahlian memberi tumpuan untuk mendapatkan keluarga kita yang masih lagi belum menjadi ahli UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pendaftaran Ahli UMNO Peringkat Negeri Pahang di Hotel Shahzan, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keahlian dan Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin; Setiausaha UMNO Pahang, Dato’ Sri Ab. Hamid Nazahar; Ketua UMNO Bahagian Maran, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram.

Beliau berkata, ia juga adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Sebenarnya kita berusaha untuk bersama-sama dengan rakyat sebaik sahaja kita diberi mandat semasa PRU yang ke-14, dan ini adalah usaha berterusan, selain dari usaha lain yang kita lakukan,” katanya.

Tambah beliau lagi, badan Perhubungan UMNO Pahang juga telah bersetuju untuk memberikan hadiah penghargaan kepada bahagian yang mendapat pendaftaran keahlian yang tertinggi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download