Pengerusi Jawatankuasa KerjaRaya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Tuan Ir. Razali Kassim pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN : CADANG BINA KLINIK KESIHATAN LEBAN CHONDONG BAHARU

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Shamim Aiman Shafik Fauzan (praktikal) dan Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi (praktikal)

KUANTAN, 30 MAC 2022: Klinik Kesihatan Leban Chondong di Rompin yang berusia lebih 50 tahun menjadi perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang mencadangkan pembinaan sebuah klinik baru untuk menggantikannya.

Pengerusi Jawatankuasa KerjaRaya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, ia dicadangkan dibina di sebuah tapak baharu dengan turut memiliki Klinik Pesakit Luar, Kecemasan, Klinik Ibu dan Anak, Klinik Gigi dan juga makmal ekoran lokasi asal klinik itu adalah sangat terhad untuk tujuan pembesaran dan naiktaraf.

“Justeru itu saya ingin meminta jasa baik YB Ahli Dewan Negeri Muadzam Shah supaya dapat menyegerakan pencarian dan kelulusan tapak untuk cadangan pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 5) ini kerana urusan pemilikan tanah adalah di bawah kuasa negeri.

“Apabila selesai urusan pemilikan tanah, pihak JKNP dan KKM akan berusaha untuk masukkan cadangan ini dalam senarai keutamaan bagi pelaksanaan Rolling Plan atau Rancangan Malaysia yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah, YB. Tuan Ir. Razali Kassim pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sementara itu YB. Dato’ Sri Norolazali berkata, Negeri Pahang mempunyai 89 buah Klinik Kesihatan, 236 buah Klinik Desa dan 11 buah Klinik Komuniti.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 buah Klinik Kesihatan atau 64.04 peratus, 103 Klinik Desa atau 43.64 peratus dan empat buah Klinik Komuniti didapati perlu melalui proses naiktaraf.

“Sudah pasti usaha berterusan diambil bagi menyediakan klinik kesihatan yang lebih kondusif dan selamat bagi memberi perkhidmatan kesihatan secara optimum dan menyeluruh di negeri ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Share this: