Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Samsiah Arshad pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN : PAHANG PRIDE KID TERIMA 3,000 PERMOHONAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Shamim Aiman Shafik Fauzan (praktikal) dan Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi (praktikal)

KUANTAN, 30 MAC 2022 : Sebanyak 3,000 permohonan diterima daripada ibu bapa di negeri ini yang berhasrat untuk menyertai dan menerima saguhati di bawah program Pahang Pride Kid.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, bagaimanapun hanya 1,600 yang layak menerima kelulusan bagi fasa pertama program ini.

“Setakat ini 50 peratus bayi baru lahir telah selesai menerima pemberian saguhati manakala selebihnya dijangka akan selesai pertengahan April depan.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan di mana RM2.5 juta dalam bentuk simpanan bank dan RM2.5 juta lagi dalam bentuk barangan penjagaan bayi dan ibu sewaktu berpantang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Samsiah Arshad pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sementara itu, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail mencelah bahawa Kerajaan Negeri tidak terlalu rigid atau tegas dalam pemberian saguhati ini.

“Sebagai contoh, sekiranya di Cameron Highlands, bayi itu sepatutnya lahir di Cameron Highlands tapi sebab ada komplikasi kena bawak ke Hospital Ipoh, kita boleh pertimbangkan lah.

“Niatnya (nak beranak) di Pahang tapi atas sebab-sebab sebegini boleh dipertimbangkan. Sama juga kalau orang Bera terpaksa beranak di Tampin atau juga mereka yang tinggal di Daerah Rompin (kawasan sempadan berdekatan negeri lain). Itu kita akan pertimbangkan.

“Tujuan kita buat program Pahang Pride Kid ini sebenarnya untuk menggalakkan jumlah penduduk di negeri Pahang kerana sekarang ini jumlah penduduk 1.67 juta sahaja, jadi kita nak tambah.

“Ada 25,000 bayi dilahirkan tahun lepas, Pahang ini negeri yang besar, nampak Pahang kurang produktif.. Jadi untuk tambah penduduk, bagi pasangan suami isteri lebih produktif kita bagi saguhati di bawah program Anak Kebanggaan Pahang ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download