Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

SIDANG DEWAN : PAHANG RANGKA ACARA BERTARAF ANTARABANGSA TARIK PELANCONG

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Shamim Aiman Shafik Fauzan (praktikal) dan Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi (praktikal)

KUANTAN, 30 MAC 2022 : Pahang merangka pelbagai inisiatif sepanjang tahun ini bagi merealisasikan matlamat tema pelancongan “This is Pahang 2022 – Unlimited”.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, selain tarikan alam semulajadi di negeri ini, aktiviti turut tertumpu kepada penganjuran acara antarabangsa.

“Antara acara pelancongan peringkat antarabangsa yang akan diadakan di negeri ini adalah Ocean Canoe International Challenge iaitu acara sukan air bertaraf dunia yang diadakan di jajaran persisiran pantai sepanjang 240 kilometer.

“Terdapat juga program Pahang Hiking Day yang dilancarkan pada 20 Mac lalu yang mempromosikan lokasi pendakian di setiap daerah sekaligus membantu menjana ekonomi pengusaha hotel dan resort serta penduduk setempat.

“Melalui aktiviti ini juga kita telah dapat mengenalpasti 79 buah bukit dan gunung yang boleh dijadikan destinasi tarikan pelancongan selain lebih 2,000 batang sungai yang terdapat di bukit dan gunung yang sesuai untuk aktiviti rekreasi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong pada sesi soal jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, berkata, Dato’ Sri Mohd Sharkar berkata, Pahang turut menyasarkan seramai tujuh juta orang pelancong yang akan memenuhi lokasi pelancongan di negeri ini di mana separuh daripada angka berkenaan dijangka tertumpu di pusat peranginan Genting Highlands.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan dari Ahli Dewan Negeri (ADN) Triang, YB. Cik Leong Yu Man, beliau berkata Tasik Bera kini berada dalam status dinaiktaraf.

“Kita tahu antara kekangan dari segi lokasi pelancongan di lokasi ini adalah tempat penginapan sebab itulah kita sedang usaha untuk pastikan penginapan cukup dan kita pun tahu sekarang ni Bera ini adalah parlimen yang bertuah kerana di situ ada Perdana Menteri. Kita akan lihat apa yang perlu dan laksanakan apa yang patut. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download