Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG ZAHIR KESYUKURAN PAHANG BERADA DI TEMPAT KETIGA PELABURAN NEGERI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim & Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 28 MAC 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kesyukuran apabila Pahang berada di tempat ketiga bagi jumlah kemasukan pelaburan negeri.

Baginda turut menitahkan Kerajaan Pahang supaya memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri ini dengan menggandakan usaha menerusi inisitif dan pendekatan baharu.

“Syukur Alhamdulillah, pelaburan sebanyak RM10.5 bilion pada tahun lalu telah membawa Pahang dinobatkan pada kedudukan ketiga berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia baru-baru ini.

“Usaha dan tindakan untuk memperkukuh ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri ini harus digandakan menerusi inisiatif dan pendekatan baharu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Baginda turut melahirkan rasa sukacita dengan usaha dan tindakan proaktif Kerajaan Pahang dalam mempromosi dan menarik pelaburan domestik serta antarabangsa ke negeri ini.

“Dalam pada itu, saya berasa sukacita dengan usaha dan tindakan proaktif di bawah pimpinan orang tuua saya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, dalam mempromosi dan menarik RM987 juta pelaburan domestik dan RM9.8 bilion pelaburan antarabangsa ke negeri saya.

“Pada awal tahun 2022, Kerajaan saya juga telah berjaya membawa pelaburan baharu ke Pahang bernilai RM5.5 bilion melibatkan syarikat-syarikat pelaburan dari Singapura, China, Thailand, dan Korea Selatan.

“Saya bertitah agar pelaburan ini mesti diuruskan dengan baik agar dapat memberikan seribu manfaat, baik daripada peluang pekerjaan, mahupun limpahan ekonomi kepada rakyat saya,” titah baginda. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download