Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli mendaki di Bukit Merah di Jerantut.

PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENDAKI BUKIT BULOH SEMPENA PAHANG HIKING DAY

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

JERANTUT, 20 MAC 2022 : Pelancaran Pahang Hiking Day hari ini lebih bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan bercemar duli bersama-sama melakukan aktiviti berkenaan di Bukit Buloh di sini.

Ketibaan baginda di bukit yang terkenal dengan nama jolokan The Red Forest ini kira-kira pada pukul 8 pagi disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli mendaki di Bukit Merah di Jerantut

Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri YB. Dato’ Haji Nazri Ngah, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim serta Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa Aris.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memulakan pendakian di Bukit Buloh bersama kira-kira 75 orang pendaki lain dan berjaya tiba di puncak bukit berketinggian 371 meter itu dengan hanya mengambil masa selama 21 minit berbanding masa dakian biasa iaitu selama 40 minit hingga satu jam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli mendaki di Bukit Merah di Jerantut

Baginda turut meluangkan masa selama kira-kira 20 minit menikmati keindahan punca bukit termasuk melihat sendiri keunikan suasana seperti dikelilingi taman pokok-pokok berwarna merah sambil sudi melayani permintaan merakam gambar bersama dengan pendaki lain yang turut sama menyertai aktiviti berkenaan.

Acara yang diadakan serentak di seluruh Negeri Pahang manakala acara di 13 buah lokasi pendakian terpilih turut ditayangkan secara langsung melalui platform media sosial Facebook Tourism Pahang, Pahang Media dan Kerajaan Negeri Pahang.

Sementara itu, Dato’ Sri Wan Rosdy yang ditemui media berkata, Bukit Buloh yang menjadi lokasi perasmian pendakian ini mempunyai keistimewaannya iaitu pokok-pokoknya berwarna merah yang dikenal sebagai pokok Kelat Gelam.

“Ini adalah usaha yang sangat baik, ia boleh dipakejkan kepada pelancong yang datang ke Jerantut selain daripada mereka pergi ke Gunung Tahan atau tempat-tempat lain, mereka boleh datang ke sini. Lokasi tidak jauh dari bandar Jerantut, kira-kira 17 kilometer sahaja dan untuk sampai ke sana perlu melalui tanah kerajaan dan hutan simpan.

“Secara puratanya setahun lebih kurang 1,200 ke 1,500 orang yang datang untuk mendaki ke puncak Bukit Merah ini. Kita akan masukkan lokasi ini ke dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang kerana ini salah satu spot yang disukai para pelancong untuk datang ke sini kerana keistimewaan warna batang pokok tersebut berwarn merah yang tak ada di tempat lain.

“Kalau di Cameron Highlands kita ada Mossy Forest di mana hutannya berlumut yang juga tidak di tempat-tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, Pahang Hiking Day ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan kepada orang ramai yang berminat dalam aktiviti mendaki ini untuk menyertainya pada masa akan datang. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download