Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad menyampaikanantuan persekolah di bawah program Pahang Pride Student, semalam.

900 PELAJAR DI DN KERDAU TERIMA PAHANG PRIDE STUDENT

Oleh: Fairus Mohd

TEMERLOH, 16 MAC 2022 : Seramai 900 orang pelajar di bawah Dewan Negeri (DN) Kerdau menerima bantuan persekolah di bawah program Pahang Pride Student, semalam.

Dalam dua majlis berasingan, seramai 400 ibu bapa dari sekolah-sekolah di Kanan Mudek, Kerdau hadir menerima sumbangan berkenaan manakala 500 orang lagi penerima dari sekolah-sekolah Kiri Mudek.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pelajar menerima kad potongan harga bagi setiap pembelian barang sekolah, selain kotak berisi berisi buku, pensel, kalkulator, buku tulis serta alat-alat tulis.

“Saya dapat melihat kegembiraan pelajar serta rasa syukur ibu bapa yang menerima bantuan di bawah program Pahang Pride Student ini.

“Inisiatif YAB Menteri Besar Pahang ini jelas membantu meringankan beban keluarga setiap pelajar terlibat dalam memberi semangat kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan baru pada minggu hadapan,” katanya.

Majlis pengagihan telah dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh melibatkan seramai 50 orang kakitangan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Asmawi Daud.

Dalam pada itu beliau berkata, kemampuan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan berkaitan adalah di atas faktor kedudukan kewangan dan politik semasa negeri yang stabil.

“Saya bersyukur Kerajaan Negeri Pahang begitu prihatin kepada permasalahan rakyat di negeri ini dan kita juga bersyukur di atas peranan terbaik YAB Menteri Besar Pahang di dalam menjuruskan kepada matlamat mengurangkan beban rakyat khususnya di negeri Pahang melalui penyediaan bantuan persekolah kepada anak-anak.

“Ramai lagi rakyat yang memerlukan, sebab itu Kerajaan Negeri terus menggembeleng usaha cari peruntukan untuk sediakan pelbagai bentuk bantuan bukan hanya untuk kawasan tertentu sahaja tapi seluruh Negeri Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download