Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Tioman, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain menyampaikan Pahang Pride Kids kepada seorang penerima

DUA PENERIMA PAHANG PRIDE KIDS HARAP PROGRAM DITERUSKAN

Oleh : Fansurina Abdullah
 
ROMPIN, 12 MAC 2022 : Dua ibu yang juga penerima Pahang Pride Kids bersyukur kerana berpeluang menerima sumbangan bagi kelahiran anak mereka pada tahun 2022.
 
Seorang penerima, Puan Amira Awang berkata, sumbangan tersebut sangat bermanfaat bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang kerana barangan yang diberikan dapat digunakan oleh kedua-dua ibu dan anak.
 
“Saya gembira kerana terpilih untuk menerima Pahang Pride Kids yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Pahang ini,” katanya.
 
Sementara itu, seorang lagi penerima, Puan Nurafikah Samsudin pula berpendapat bahawa program seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana manfaatnya dapat dinikmati oleh bayi itu sendiri menerusi sumbangan wang bernilai Rm100 di dalam akaun penerima.
 
“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya turut mendidik ibu bapa bayi agar menyimpan menerusi sumbangan RM100 di dalam akaun penerima,” katanya.
 
Kedua menerima telah menerima Pahang Pride Kids berupa barangan keperluan ibu dan bayi bernilai RM100 manakala sejumlah RM100 lagi diberikan dalam bentuk simpanan di dalam akaun penerima.
 
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Tioman, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.
 
Pahang Pride Kids telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Januari lalu dan dijangka dapat memberi manfaat kepada 25,000 ibu dan bayi di seluruh negeri ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds