Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain yang juga Ahli Dewan Negeri Tioman menyampaikan kad kesihatan menerusi Pahang Pride Kasih yang diadakan di Dewan Terbuka Kuala Rompin, baru-baru ini.

200 WARGA EMAS TERIMA PAHANG PRIDE KASIH

Oleh : Fansurina Abdullah

ROMPIN, 12 MAC 2022 : Seramai 200 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas menerima kad kesihatan masing-masing menerusi Pahang Pride Kasih yang diadakan di Dewan Terbuka Kuala Rompin, baru-baru ini.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain yang juga Ahli Dewan Negeri Tioman.

Menurut YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari, bantuan kad kesihatan yang dilancarkan oleh Kerajaan Pahang itu dapat memberi manfaat kepada 18,000 penerima warga emas yang akan menerima kad kesihatan masing-masing dengan jumlah RM500 bagi setiap kad yang membolehkan mereka mendapat rawatan kesihatan dari mana-mana klinik swasta terpilih di kawasan masing-masing.

Katanya, insiatif kerajaan negeri ini adalah sangat baik dan bermanfaat khususnya buat warga emas yang semestinya ingin mendapatkan rawatan yang selesa dan cepat dengan mengunjungi mana-mana klinik swasta terpilih.

Pada majlis tersebut, seramai 50 warga emas telah diberikan kad kesihatan secara bersemuka manakala 150 yang lain akan diserahkan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rompin, Encik Jumardi Salim dan Penghulu Mukim Endau, Tuan Haji Khairul Faizah.

Kebanyakan warga emas yang telah menerima kad kesihatan mereka berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pahang yang menyediakan insiatif seumpama ini dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds