Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif bersama penerima pada Majlis Penyampaian Pahang Pride Student - Pakej Kembali Ke Sekolah di Dewan Banquet UMNO Bahagian Pekan, hari ini.

PAHANG PRIDE STUDENT KESINAMBUNGAN BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Mahathir Ali

PEKAN, 8 MAC 2022 : Inisiatif bantuan persekolahan melalui Pahang Pride Student yang diserahkan kepada 4,900 pelajar di daerah ini merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, bantuan ini juga dirasakan tepat ketika masyarakat masih menghadapi ancaman Covid-19 selain selepas bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif bersama penerima menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Pahang Pride Student – Pakej Kembali Ke Sekolah di Dewan Banquet UMNO Bahagian Pekan, hari ini.

“Kerajaan Negeri ingin memastikan nasib golongan B40 dan M40 sentiasa terbela terutamanya dari segi pendidikan. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM91.4 juta untuk tabung pendidikan bagi manfaat kepada 55,951 orang pelajar di negeri ini terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa, umur dan juga latar belakang.

“Bantuan-bantuan ini bersifat berterusan sehingga kini di mana RM34.5 juta diperuntukan untuk biasiswa, RM12.6 untuk pinjaman, RM26.8 juta bagi Program Pendidikan, RM7.6 juta capaian komuniti, RM9 juta untuk capaian ekonomi dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Majlis Penyampaian Pahang Pride Student – Pakej Kembali Ke Sekolah di Dewan Banquet UMNO Bahagian Pekan, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif bersama penerima pada Majlis Penyampaian Pahang Pride Student – Pakej Kembali Ke Sekolah di Dewan Banquet UMNO Bahagian Pekan, hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Pekan, YH Dato’ Zaliza Zulkefli; Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Tuan Haji Razali Mustafar serta Penolong Penyelaras Pejabat YB Ahli Parlimen Pekan, Tuan Haji Mohd Tahar Ismail.

Dalam pada itu, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, keberhasilan program-program dan bantuan-bantuan yang diusahakan Kerajaan Negeri dapat dilihat sehingga hari ini.

“Kita berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya bukan sahaja di peringkat daerah tapi juga peringkat, antaranya adik Muhammad Hamdi Ahmad Hakim yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Harvard serta adik Maryam Muzamir yang menjadi pemenang termuda memenangi tiga anugerah utama sekaligus iaitu pingat emas, Anugerah Istimewa Kanada dan Anugerah Istimewa Inventor Muda Terbaik sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 yang diadakan di Toronto, Kanada.

“Jadi apa yang diharapkan ialah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat menghasilkan lebih ramai pelajar yang mampu mencapai kecemerlangan pada masa akan datang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download