IZZAT AFIFI DIPILIH PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA YANG BAHARU

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 07 MAC 2022 : Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memilih Encik Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid sebagai Presidennya yang ke-23 semalam.

Beliau yang juga Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dipilih dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2022-2024 sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-71 di Dorsett Grand Subang, Selangor.

Encik Izzat kini mengambil alih teraju kepimpinan MBM daripada penyandang sebelumnya Encik Jufitri Joha yang memimpin MBM bermula 2018 hingga 2022.

Penamaan calon bagi MPAT ini telah diadakan pada 5 Mac dengan 385 perwakilan layak mengambil bahagian dan keputusan penuh diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya MPAT71, Encik Wan Mohd Husni Abdullah.

Pemilihan kali ini juga menyaksikan persaingan bagi jawatan lain yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download