YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir di Hulu Terengganu.

PAHANG BALAS BUDI TERENGGANU BANTU MANGSA BANJIR

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

HULU TERENGGANU, 6 MAC 2022 : Seramai 350 sukarelawan Pahang digerakkan ke Terengganu bagi memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir, baru-baru ini.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, kesemua sukarelawan ini terdiri daripada 24 jabatan kerajaan, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Seramai 350 sukarelawan Pahang digerakkan ke Terengganu bagi memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir.

“Antara aktiviti di sana ialah pembersihan rumah, pembahagian bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain.

“Jadi dijangka kita akan selesaikan kerja kita sepanjang hari ini dan Insya-Allah kita akan memberikan yang terbaik kepada masyarakat mangsa banjir di Terengganu,” katanya.

Seramai 350 sukarelawan Pahang digerakkan ke Terengganu bagi memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir.

Beliau berkata demikian selepas melakukan Flag Off Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir ke Hulu Terengganu di Perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyaralat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonal Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman; Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim dan Pengersi PUSPANITA Pahang, Datin Sri Kamariah Mohamad.

Seramai 350 sukarelawan Pahang digerakkan ke Terengganu bagi memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana banjir.

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Belia Daerah Kuantan, PUSPANITA dan beberapa NGO termasuklah Dapur Infaq Ummah, Makmur Care dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telelung Kuantan.

Pada misi itu, kesemua sukarelawan bekerjasama membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa kampung sekitar Hulu Terengganu.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak melakukan Flag Off Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir ke Hulu Terengganu di Perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Pada 3 Mac lalu, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyatakan kesediaan Pahang untuk menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu.

Pada Disember tahun lalu, Terengganu telah menggerakkan sukarelawannya bagi membantu mangsa banjir di Pahang.

Pada kejadian banjir pada 26 Februari hingga 5 Mac lalu, seramai 8,584 daripada 2,478 keluarga telah dipindahkan ke 48 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Terengganu. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download