Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG TITAH SEMUA RAKYAT BERWASPADA TERHADAP AMARAN HUJAN BERTERUSAN

KUANTAN, 4 MAC 2022: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat di negeri ini mengambil langkah berwaspada terhadap amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ini kerana berdasarkan ramalan cuaca dan analisis model yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut, Negeri Pahang akan menerima hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 5 Mac 2022.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Baginda menitahkan agar semua Ketua Jabatan yang berkaitan bencana, Pegawai Daerah, dan Penghulu Mukim agar tidak memandang mudah terhadap ramalan tersebut, serta mengambil langkah awal memastikan segala persiapan dalam keadaan sentiasa bersedia untuk digerakkan.

Beliau berkata, Baginda turut betitah agar Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Pihak Berkuasa Tempatan memastikan parit dan longkang
sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

“Baginda juga menasihatkan agar rakyat yang berada di kawasan berpotensi dinaiki air agar senantiasa berwaspada dan membuat persiapan awal,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal berkata, Baginda juga menyeru agar masjid dan surau dapat mengadakan solat hajat agar Allah SWT mengangkat segala wabak malapetaka dan bencana dari Negeri Pahang dan negara amnya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download