YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap selepas selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Pahang Kali Ke-8/2022 di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

KERAJAAN PAHANG LULUS RM100,000 UNTUK PITKM PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 3 MAC 2022 : Kerajaan Pahang meluluskan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Negeri Pahang bagi menjalankan pelbagai aktiviti pertubuhan itu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, golongan ibu tunggal perlu mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup selepas bergelar ibu tunggal.

“Saya semasa merasmikan mesyuarat agung PITKM Cawangan Pahang, saya ada menyaran dan menyeru agar persatuan ibu tunggal ini lebih proaktif dan bergerak ke arah berdikari dan kalau boleh menghantar ahli-ahli untuk menyertai kursus-kursus yang melibatkan kemahiran sebagai contohnya menjahit atau membuat kuih yang mendapat pasaran atau menghadiri kursus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Pahang Kali Ke-8/2022 di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap selepas selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Pahang Kali Ke-8/2022 di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Menjawab permasalahan yang diusulkan oleh PITKM Pahang berhubung isu perumahan bagi ibu tunggal, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, Kerajaan Pahang telah menyediakan pelbagai bantuan perumahan kepada rakyat termasuklah Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang memberi keutamaan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan layak.

“Kerajaan Pahang ada menyediakan Rumah Rakyat Pahang (RRP) di mana setiap kawasan Dewan Negeri ada enam biji dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah bagi setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata, golongan ibu tunggal boleh mendaftar sebagai penerima RRP bagi membolehkan mereka menerima rumah secara percuma. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download