Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin ketika Majlis Perasmian QR Code dan Bengkel , Perancangan, Promosi dan Rakan Strategik dan Perusahan Sosial bertempat di Kampungstay Desa Murni Sanggang, Temerloh

PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN WUJUDKAN HUBUNGAN STRATEGIK

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 23 FEBRUARI 2022 : Persatuan Pengusaha Pelancongan Daerah Temerloh mengadakan Bengkel Perancangan , Promosi, Rakan Strategik dan Perusahaan Sosial bagi menghimpunkan dan mewujudkan hubungan strategik di antara pengusaha pelacongan dengan agensi-agensi berkaitan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, usaha ini amat penting bagi memastikan semua pengusaha pelancongan dapat mewujudkan satu platform untuk berhubung bagi memastikan kelancaran sektor pelancongan di Daerah Temerloh.
 
“Usaha yang dilakukan Persatuan Pengusaha Pelancongan Daerah Temerloh adalah tepat pada masanya di mana sektor pelancongan menjadi tumpuan semua pihak terutama para pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara,” katanya.
 
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook miliknya, beliau berkata, bengkel yang mendapat kerjasama Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Wilayah Timur itu telah dihadiri oleh 30 pengusaha dan peniaga produk pelancongan terpilih yang diadakan di Kampungstay Desa Murni, Temerloh.
 
Menurutnya, Persatuan Pengusaha Pelancongan Daerah Temerloh juga telah mengambil inisiatif dengan membangunkan laman sesawang www.temerlohunlimited.com yang menjadi laman sesawang utama bagi mengumpulkan maklumat dan carian pengusaha dan peniaga di daerah itu.
 
“Saya berharap semoga industri pelancongan di Daerah Temerloh dapat berkembang lebih pesat pada masa akan datang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download