Penerima Tajaan Biasiswa Zakat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Muhammad Mursyid Mohd Naser (dua dari kanan) muncul pelajar terbaik Tanta Universiti, Mesir.

PELAJAR TAJAAN BIASISWA ZAKAT MUIP MUNCUL PELAJAR TERBAIK UNIVERSITI

KUANTAN, 21 FEBRUARI 2022 : Penerima Tajaan Biasiswa Zakat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Muhammad Mursyid Mohd Naser muncul pelajar terbaik Tanta Universiti, Mesir.

Mursyid yang berasal dari Muadzam Shah lulus cemerlang dalam bidang perubatan di universiti berkenaan setelah enam tahun menyambung pengajian di sana.

MUIP dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau yang mula menyambung pengajian pada tahun 2016 hingga 2022 dinobat Pelajar Terbaik Universiti seterusnya mengharumkam nama Pahang dan Malaysia.

Seorang lagi penerima tajaan biasiswa Zakat MUIP, Siti Nor Jiha Abdul Razak yang berasal dari Bentong juga tamat pengajian dalam bidang perubatan dengan mendapat keputusan yang cemerlang di universiti yang sama.

Muhammmad Mursyid dan Siti Nor Jiha menerima tajaan Skim Biasiswa Zakat MUIP sejak tahun 2018 dengan jumlah tajaan keseluruhan masing-masing sebanyak RM38,000.

Seramai lapan pelajar cemerlang yang mendapat tajaan Bantuan Biasiswa MUIP manakala penerima Dermasiswa MUIP pada tahun 2021 bagi semua bidang pengajian adalah seramai 283 orang dengan jumlah agihan sebanyak RM1.65 juta. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download