Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak menyampaikan Kad Kesihatan Warga Emas (Pahang Pride Kasih) yang bernilai RM500 setiap satu kepada seorang penerima

274 WARGA EMAS TERIMA KAD KESIHATAN WARGA EMAS

KUANTAN, 15 FEBRUARI 2022 : Seramai 274 warga emas di Dewan Negeri Benta menerima Kad Kesihatan Warga Emas (Pahang Pride Kasih) yang bernilai RM500 setiap satu.

Majlis penyampaian kad berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak.

YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang melancarkan kad ini untuk kegunaan warga emas di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak menyampaikan Kad Kesihatan Warga Emas (Pahang Pride Kasih) yang bernilai RM500 setiap satu kepada seorang penerima

Katanya, Kad Kesihatan Warga Emas ini membuktikan bahawa Kerajaan Pahang sangat prihatin terhadap nasib rakyat yang memerlukan di negeri ini.

Kerajaan Pahang telah melancarkan Kad Kesihatan Warga Emas yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin pada 18 Januari lepas.

Pelancaran kad ini adalah bukti Kerajaan Pahang amat prihatin dengan kebajikan warga emas bersasar di negeri ini di mana seramai 18,000 orang penerima akan menerima kad bagi mendapatkan rawatan prosedur am di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh negeri ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds