YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap semasa Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang dan Rumah Makmur Bukit Perangin di Mukim Budu, Benta.

INSYALLAH ADA RUMAH YANG SELESA UNTUK ANAK-ANAK – PENERIMA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

LIPIS, 14 FEBRUARI 2022 : “Kami seronok sangatlah bila tahu dapat ni, rezeki anak-anak. InsyaAllah ada rumah yang selesa untuk anak-anak.”

Itu luah penerima surat Notis 5A Tapak Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Peruang yang disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Puan Suzani Shamsudin, 41

Puan Suzani Shamsudin, 41, turut melahirkan rasa gembira setelah menerima tapak rumah PPRT setelah tujuh tahun memohon selain teruja dapat bertemu YAB Menteri Besar buat pertama kali.

“Syukur sangat-sangatlah, gembira… Memang suka sangatlah dapat ini (tapak rumah), memang kita tak ada rumah, duduk menyewa.

“Macam-macamlah rasa hari ni. Rasa bangga pun ada. Alhamdulillah sangat. First time juga dapat jumpa MB, MB bagi pula surat tapak rumah ni, memang seronok sangatlah, rezeki, Alhamdulillah,” katanya tinggal menyewa di Kampung Peruang.

YAB Menteri Besar Pahang telah menyampaikan Notis 5A kepada peserta PPRT Kampung Peruang dan surat penyerahan Tapak Rumah PPRT Kampung Peruang kepada 21 penduduk terlibat.

Beliau menyerahkan surat berkenaan semasa Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang dan Rumah Makmur Bukit Perangin di Mukim Budu, Benta.

Encik Mat Sharif Ibrahim, 68

Turut hadir, Ahli Parlimen Lipis, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, YB. Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Sementara itu, salah seorang penerima Notis 5A Peserta PPRT Kampung Peruang, Encik Mat Sharif Ibrahim, 68, berkata tanah yang diterima itu merupakan tapak rumah yang telah dibina oleh Kerajaan sejak 20 tahun lalu.

“…dah dekat 20 tahun dah minta tanah ni. Rasa gembira bila tahun ni dapat juga. Tanah ni tanah tapak rumah, buat tempat duduk biasalah, tanah lain tak ada. Itu saja yang boleh duduk.

“Terima kasih banyak-banyaklah kepada Kerajaan Negeri kita yang dah bagi tanah ini. Gembira sangat,” katanya yang tinggal di rumah berkenaan bersama isteri dan seorang anak. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download