YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 UniPSAS

AL-SHEIKH DR. ABDEL KARIM DILANTIK FELO KANAN HADIS UniPSAS

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Shamim Aiman Shafiq Fauzan & Mohamad Arfan Mohamad Nor Asmadi

KUANTAN, 9 FEBRUARI 2022 : Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) yang merupakan universiti Islam pertama di Negeri Pahang melantik Al-Fadhil Al-Sheikh Dr. Abdel Karim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawi sebagai Felo Hadis UniPSAS bagi tempoh setahun.

Naib Censelor UniPSAS, YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata lantikan Felo Hadis baharu tersebut dibuat berdasarkan beliau merupakan ilmuan hadis yang terkenal di dunia.

“Beliau adalah seorang ulama tersohor dunia, yang pakar dalam bidang hadis. Dan kita (UniPSAS) melantik beliau sebagai felo kanan hadis atas kapasiti bidang tujahan di UniPSAS termasuklah bidang hadis sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Naib Canselor UniPSAS, YH. Professor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin

“Beliau akan bertugas bagi mengasaskan dan memantapkan akademi hadis selari dengan Syeikh ini sendiri yang menjadi tempat rujukan dan menyampaikan ilmu serta menasihati UniPSAS dari segi aktiviti berkaitan hadis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 UniPSAS dan Penyampaian Watikah Pelantikan Felo Hadis UniPSAS di Auditorium UniPSAS.

Turut hadir, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak.

Beliau berkata pihak UniPSAS juga berbesar hati dengan penerimaan lantikan oleh Al-Fadhil Al-Sheikh Dr. Abdel Karim yang memilih universiti dan negeri ini untuk berkhidmat.

“Setakat ini Sheikh tidak pernah menjadi mana-mana felo di mana-mana institusi di Malaysia, di sini (UniPSAS) yang pertama.

“Kita bersyukur sangat sebab ramai yang nak khdimat Sheikh ini tapi beliau memilih UniPSAS dan negeri Pahang,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Pahang juga telah memperuntukkan RM130,000 bagi perbelanjaan Al-Fadhil Al-Sheikh Dr. Abdel Karim selama satu tahun ini.

“Alhamdulillah semua keberadaan beliau di UniPSAS dan di Pahang ini semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang yang berjumlah RM130,000 selama satu tahun,” katanya.

Pada masa kini UnIPSAS menawarkan 27 program pengajian pada peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana melibatkan tiga Fakulti Pengajian iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pengurusan dan Informatik, dan Fakulti Pengajian Bahasa Dan Asasi. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download