YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) di Wisma Sri Pahang hari ini.

YAB MENTERI BESAR SERAH WATIKAH LANTIKAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

KUANTAN, 08 FEBRUARI 2022 : YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan watikah pelantikan kepada 12 Ahli Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Penyerahan watikah pelantikan oleh YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang juga merupakan Pengerusi LPHP ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) ke-31/2021 (Khas) pada 16 Ogos 2021.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan watikah pelantikan kepada YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram sebagai Ahli Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Mesyuarat LPHP ini melantik Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda sebagai Timbalan Pengerusi LPHP.

Mesyuarat MMK berkenaan telah bersetuju meluluskan Cadangan Rang Undang-undang (RUU) dan Penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021.

Manakala ahli lembaga pula terdiri daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar serta Pengarah Eksekutif (Interim) LPHP, Puan Ismayati Ismail.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Turut dilantik sebagai ahli lembaga adalah YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram sebagai wakil Kerajaan Negeri; Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji Fadzilla Haji Salleh; Pengerusi Majlis Peguam Malaysia Negeri Pahang, Encik Abdullah Johari Hamzah; Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), YBhg. Datin TPr. Hajah Noraida Saludin; Presiden Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), YBhg. Datin Ar. Yong Razidah Rashid dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Pahang, Encik Wong Kok Loon.

Pelantikan ini yang berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022 seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Enakmen Lembaga Perumahandan Hartanah Pahang 2021. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download