YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak

TIADA KELIBAT HARIMAU DITEMUI DI SEMPADAN NEGERI PAHANG

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 7 FEBRUARI 2022 : Berdasarkan pemantauan terkini yang dilakukan oleh Kerajaan Pahang, tiada kelibat harimau ditemui di sempadan Negeri Pahang.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, Unit Harimau Jabatan Perhilitan Perak telah memantau ke kawasan penemuan harimau tersebut dan didapati lokasi sebenar adalah di Ladang Agroto, Perak dan terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak.

“Pemantauan ini dibuat bagi menjawab isu yang sedang tular kini di media sosial menerusi pautan berita di Utusan Malaysia bertajuk ‘Perhilitan Perak siasat video harimai di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands – Utusan Digital’,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan media kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia berkenaan, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Encik Yusof Shariff mendakwa menerima satu rakaman video yang tular di media sosial bahawa harimau berkenaan dikatakan dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat (R&R) atau Banjaran Cafe di jan berkenaan.

Susulan itu, satu siasatan dibuat bagi mengesan harimau berkenaan yang didakwa dikesan di Jalan Simpang Pulau – Cameron Highlands selepas kawasan R&R atau Banjaran Cafe. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download