Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin (tengah) sewaktu hadir pada Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan Maran, di Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

PERKIM DISARAN REKRUT GOLONGAN MUDA BIMBING MUALAF

Oleh : Fansurina Abdullah

MARAN, 6 FEBRUARI 2022 : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) disaran supaya merekrut ahli-ahli baru yang terdiri di kalangan golongan muda dalam usaha membimbing anak-anak saudara baharu (mualaf).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsudin berkata, golongan muda ini lebih proaktif dan bersemangat terutama apabila terlibat dengan tugas mendidik golongan saudara baharu ini.

“Saya menyarankan supaya PERKIM dapat merekrut keahlian baru daripada golongan muda untuk membantu membimbing anak-anak saudara baharu (mualaf) ini.

“Mereka juga mestilah lebih kreatif dan proaktif dalam membantu menjaga kebajikan saudara-saudara baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan Maran, di Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook miliknya, YB Dato’ Sri Shahaniza juga menyeru agar PERKIM dapat menerapkan kreativiti dalam menguruskan golongan mualaf. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download