Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah kepada keluarga Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli, 50.

KISAH RAKYAT MALAYSIA KOMA DI KOREA SELATAN DAPAT PERHATIAN YAB MENTERI BESAR

KUANTAN, 31 JANUARI 2022 : Kisah rakyat Malaysia yang koma di Hospital Besar Hyosung, Cheongju, Korea Selatan, mendapat perhatian Kerajaan Pahang yang tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Sumbangan berjumlah RM10,000 daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah kepada keluarga Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli, 50.

Menurut YB. Dato’ Haji Nazri sumbangan berkenaan bagi meringankan beban membiayai kos perubatan dan rawatan di negara itu sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, Kamarulzaman yang berasal dari Kampung Batu Balai, Jerantut, bekerja di negara itu sejak Oktober 2019 dan melakukan pelbagai pekerjaan sebelum bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tisu.

Beliau difahamkan Kamarulzaman dilaporkan pengsan di kediamannya di negara itu dan terus dihantar ke hospital di situ disebabkan pembuluh darah pecah, selain terdapat darah beku di kepala.

Oleh itu katanya, bagi menampung kos seterusnya, kerajaan memberi sumbangan menerusi anak sulung Kamarulzaman, Muhammad Zafifi.

Selain itu, YB. Dato’ Haji Nazri melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar turut menyumbang sebanyak RM3,000 kepada wakil keluarga terbabit. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download