Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS dalam Parlimen Pekan semalam.

TIDAK BERETIKA PIHAK YANG TUDUH KERAJAAN PAHANG TIDAK TURUN PADANG KETIKA BANJIR

Oleh : Mahathir Ali

KUANTAN, 28 JANUARI 2022 : Kerajaan Pahang mengambil penuh tanggungjawab dan perhatian terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir di negeri ini termasuk memastikan semua mangsa banjir diberi layanan dan perhatian sebaik mungkin ketika berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, Kerajaan Pahang sentiasa turun padang memastikan bekalan makanan terus mencukupi begitu juga kelengkapan, kebersihan dan keselamatan mangsa banjir di PPS juga amat diambil berat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS dalam Parlimen Pekan semalam.

Malah beliau berkata, bukan hanya merupakan antara negeri terawal yang mengumumkan pakej bantuan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir malah bil air rumah penduduk yang terkesan akibat banjir juga akan ditanggung kerajaan Pahang selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac 2022 ini.

“Malah baiknya Kerajaan kita ini apabila mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS juga diberi Bantuan Wang Ihsan. Inilah Kerajaan Pahang ditunjangi Barisan Nasional (BN) pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Hj Wan Rosdy bin Wan Ismail,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS dalam Parlimen Pekan semalam.

Beliau berkata, Ahli Parlimen dari luar Pahang yang membuat tuduhan tidak berasas tanpa mengambil kira semua usaha yang telah dilaksanakan Kerajaan Pahang bersama kepimpinannya membela nasib mangsa banjir di negeri ini.

Katanya, tuduhan tidak beretika seperti itu amat menguris hati semua rakyat di negeri Pahang ini.

Lebih 4,000 mangsa banjir di Daerah Pekan terlibat menerima BWI termasuk 3,205 KIR tidak berpindah ke PPS dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah hampir RM6 Juta. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download