Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar ketika memberi taklimat kepada peserta Projek Agropolitan Pekan.

KERAJAAN TIDAK ABAI MASA DEPAN PESERTA AGROPOLITAN PEKAN

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 26 JANUARI 2022 : Nasib peserta Agropolitan di Pekan tidak akan diabaikan malah Kerajaan Negeri bersama ECERDC akan terus memastikan segala usaha dan projek yang dirancang akan terus berjalan lancar serta meningkatkan pendapatan peserta.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar berkata, walaupun projek Agropolitan ini akan dikomersialkan melibatkan syarikat induk yang dilantik namun ia tidak akan mengabaikan masa depan peserta.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar bersama peserta Projek Agropolitan Pekan

“Semalam, saya turut hadir pada sesi taklimat Projek Agropolitan Pekan oleh pihak ECERDC di RPS Runchang di sini untuk mendapatkan kepastian dari pihak ECERDC sendiri berkenaan pengkomersialan yang bakal dilaksanakan bagi menjawab kerisauan para peserta Agropolitan.

“Saya difahamkan gaji minimum masih RM1,200 dan apabila dikomesialkan nanti, peserta yang terpilih akan mendapat bayaran gratuiti berjumlah RM700 sebulan melalui operasi syarikat induk yang baharu selama setahun bermula 1 Mac 2022 ini.

“Mereka juga akan menerima keuntungan dividen koperasi. Disamping mendapat gaji bulanan dan gratuiti, peserta terpilih akan menerima manfaat EPF dan SOCSO,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, matlamat utama semata-mata demi memastikan projek Agropolitan terus maju dan dapat membantu peserta yang terlibat.

“Perkara ini juga telah disahkan oleh Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Tani ECERDC, Encik Megat Shah Rizal Noor Ikhsan ketika ditanya oleh saya dihadapan semua peserta Agropolitan Runchang, semalam.

“Malah Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Razak sentiasa mengambil berat masa hadapan peserta Agropolitan. Beliau telah berbincang bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail demi membantu peserta Agropolitan di Pekan ini.

“Saya selaku EXCO Pahang dan juga YB Ahli Dewan Negeri Bebar bersama-sama YAB Menteri Besar turut telah beberapa kali berbincang dengan pihak ECERDC untuk mencari jalan terbaik agar peserta Agropolitan terus mendapat pembelaan termasuk berkenaan memiliki geran rumah sendiri,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download