Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain hadir ke majlis menandatangani Sijil Kerjasama (CoC) antara Majlis Sukan Pahang (MSP) bersama Politeknik Muadzam Shah di Politeknik Muadzam Shah semalam.

MAJLIS SUKAN PAHANG TANDATANGAN CoC BERSAMA POLITEKNIK MUADZAM SHAH BAGI KUKUH PROFIL ATLET

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

ROMPIN, 25 JANUARI 2022: Majlis Sukan Pahang (MSP) telah menandatangani Sijil Kerjasama (CoC) bersama Politeknik Muadzam Shah bagi mengukuhkan profil akademik dan kurikulum para atlet di negeri ini.

Sijil Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini adalah bagi dan memastikan masa depan para atlet negeri ini lebih terjamin melalui penambahbaikan ekosistem sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain menyaksikan Majlis menandatangani Sijil Kerjasama (CoC) oleh Pengarah MSP, Encik Zamri Hassan bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Encik Hassan Ismail

Majlis menandatangani CoC ini dilakukan oleh Pengarah MSP, Encik Zamri Hassan bersama Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Encik Hassan Ismail dengan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, di sini semalam.

Melalui kerjasama ini para pelajar dari pusat pengajian ini akan diberi peluang untuk menjalani latihan industri di MSP dan atlet MSP yang memiliki syarat akademik yang ditetapkan akan diberi peluang untuk menyambung pengajian di politeknik ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain

Kerjasama ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengukuhkan profil akademik atlet melalui Pelan Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi ke arah pembangunan sukan dalam tempoh 10 tahun di negeri Pahang.

Ia juga selari dengan Program Malaysian Athlete Career and Education (MACE) yang diwujudkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang merangkumi tiga teras utama iaitu pendidikan, kerjaya, dan kebajikan.

Kedua-dua pihak juga telah menandatangani bola ragbi sebagai simbolik pembangunan atlet ragbi yang akan dijadikan permulaan kerjasama di mana para atlet akan menjadikan politeknik ini sebagai pusat latihan mereka dan ia juga akan dikembangkan kepada pelbagai jenis sukan lain selepas ini. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download