YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama seorang warga emas ketika Majlis Pelancaran Kad Kesihatan Warga Emas Negeri Pahang di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin hari ini.

WARGA EMAS HARGAI MANFAAT KAD KESIHATAN

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

ROMPIN, 18 JANUARI 2022: Pelancaran Kad Kesihatan Warga Emas oleh Kerajaan Pahang hari ini nyata menggembirakan setiap dari penerimanya.

Puan Lemon Lambin, 65,

Seorang penerima, Puan Lemon Lambin, 65, dari Kampung Buluh Nipis di sini berkata, pemberian tersebut membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan tua di negeri ini.

“Saya ada banyak penyakit macam darah tinggi, kencing manis, jantung… Jadi selain hospital kerajaan saya boleh pergi klinik swasta ambil ubat.

“Terima kasih Kerajaan Pahang bantu warga emas. Saya memang harap urusan kesihatan selepas ini lebih baik dan dipermudahkan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang.

Encik Muda Batin Gam, 78,

Bagi Encik Muda Batin Gam, 78, dari Kampung Pinang, Muadzam Shah pula menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas kemudahan yang diberikan.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Pahang terutama MB yang memberi kemudahan ini kepada kami golongan warga emas.

“Sudah usia sebegini memang tidak larat untuk menunggu lama di klinik atau hospital kerajaan terutama apabila sakit ringan seperti demam dan selsema,” katanya.

Puan Hatiah Mustafa, 65,

Seorang lagi penerima, Puan Hatiah Mustafa, 65, dari Kampung Sarang Tiong, Endau berkata, dalam usia tua memang ramai yang memerlukan kemudahan dari segi kesihatan.

“Terima kasih kerajaan Pahang kerana memudahkan urusan kami. Tak perlu beratur panjang di hospital atau klinik kerajaan untuk beli ubat.

“Saya ada penyakit darah tinggi dan memang perlukan bekalan ubat setiap bulan. Lepas ni boleh periksa kesihatan di klinik swasta juga,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download