Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin menziarahi Kampung Bukit Ngeri di Lanchang untuk menyampaikan bantuan banjir.

ORANG ASLI KAMPUNG BUKIT NGERI TERIMA BEKALAN ELEKTRIK

TEMERLOH, 8 JANUARI 2022 : Seramai 33 buah keluarga orang asli di Kampung Bukit Ngeri kini dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik sepenuhnya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditunggu-tunggu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, rasa gembira penduduk dizahirkan dengan ucapan terima kasih yang diterima ketika menziarahi kampung tersebut.

“Saya sempat menziarahi Kampung Bukit Ngeri untuk menyampaikan bantuan banjir, walaupun mereka tak terkesan banjir tapi jalan perhubungan kampung ini ke kawasan luar telah pun terputus akibat dinaiki air.

“Penduduk gembira bila bertemu walaupun masih terdapat gangguan bekalan air. Walau bagaimana pun saya telah memaklumkan berkenaan peruntukan sebanyak RM100 juta yang diluluskan oleh Perdana Menteri untuk membina loji baru,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Menurut beliau lagi, apabila loji baru siap dibina ia akan menyelesaikan masalah air di seluruh kawasan Lanchang.

“Ini adalah sebahagian usaha kita untuk memastikan keselesaan penduduk terutamanya di kawasan Lanchang ini dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Selaku wakil rakyat di sini, saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang kerana telah memberi sokongan dan meluluskan peruntukan tersebut demi keselesaan rakyat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download