Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandarian Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menerima mengadap Delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istana Abdulaziz hari ini.

KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, PERMAISURI AGONG MENERIMA MENGADAP DELEGASI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH UAE

Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 3 JANUARI 2022: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menerima mengadap Delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandarian Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menerima mengadap Delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istana Abdulaziz hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh TYT Fahad Abdelrahman Yousif Sultan Alhammadi sebelum ini telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan daripada negara itu kepada mangsa banjir di 10 daerah di Negeri Pahang yang terjejas ketika bencana alam itu melanda negeri ini.

Lawatan dan pengagihan bantuan banjir ini telah diselaraskan oleh Unit Antarabangsa, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Antara barangan yang diberikan adalah seperti kit pembersihan diri, kit makanan, tilam, selimut, beras, minyak dan barang keperluan asas yang lain.

Turut hadir ialah YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak; Setiausaha Bahagian (Pelaburan dan Penswastaan), Puan Haslina Bahasan; Pegawai Unit Antarabangsa, Encik Subramaniam Ayasamy dan Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan UAE, Puan Nouf Ibrahim Alkuwaiti.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download