YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan bantuan wang ihsan banjir di Sri Damai semalam.

KERAJAAN PAHANG USAHA SEBAIK MUNGKIN PERCEPAT PROSES AGIHAN WANG IHSAN BANJIR

KUANTAN, 3 JANUARI 2022 : Kerajaan Pahang sedang berusaha sebaik mungkin untuk mempercepatkan proses agihan wang ihsan mangsa banjir di Pahang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau telah mendapat laporan tentang mangsa-mangsa banjir terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir Pahang.

Oleh yang demikian, beliau telah mengambil inisiatif untuk melihat sendiri proses berkenaan di Dewan Orang Ramai Sri Damai, Kuantan petang semalam.

Katanya, walaupun keadaan agak sesak pada mulanya, namun masalah di sana telah diselesaikan sebaiknya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download